Home Bekam (Cupping)

Yoyoy Corporation

Beauty & Wellness

Banner
Aromatherapy massage is the use of variety types of essential oils distilled from plants to promote a well balanced and healthy lifestyle

Holistic Therapy

Banner

Designed by:
SiteGround web hosting YoYoY Technology
Bekam (Cupping)
Pengenalan Bekam

 
 
Bekam adalah satu perawatan kesehatan peninggalan Rasulullah SAW yang telah dimodernkan mengikuti kaidah saintifik untuk mengeluarkan sisa–sisa toksid yang berbahaya dari badan kita melalui permukaan kulit. Ini adalah salah satu cara ‘Detoksifikasi’ (pengeluaran toksid) yang berkesan serta selamat tanpa ada kesan sampingan. Kulit adalah organ terbesar dalam tubuh, kerana itu banyak toksid berkumpul di dalam kulit.
 
Berbekam sangat berkesan untuk melegakan atau menghilangkan kesakitan, memulihkan fungsi tubuh badan serta memberi seribu harapan pada pesakit untuk terus berikhtiar mendapat rawatan. Bekam ialah istilah Melayu yang berarti “Pelepasan Darah”, dipanggil “Cupping” dalam bahasa Inggris. Dalam bahasa Arab diterjemahkan sebagai “al-Hijamah”.
 
Read more...
 
Hujah Berbekam

Hadits dari Ibn Abbas r.a. menerangkan : “Bahawa ada 3 cara pengubatan yang dilakukan pada masa Rasulullah SAW, yaitu : Madu (Al ’Asl), Berbekam (Al-hijaamah) dan Pemanasan (Al-Kayy) dan Rasul menghindari pengubatan Kayy”.

Dari riwayat lain yang bersumber daripada Mujahid daripada Ibnu Abbas disebutkan bahawa Nabi bersabda : Berubat itu dengan BERBEKAM”.

Madu menjadi dasar ubat-ubatan, terutama ubat yang berasal dari tumbuhan (Herba) yang alamiah dan tidak mengandung bahan kimia sintetik. Bekam, menjadi dasar kepada Pembedahan, dan Api menjadi dasar kepada perobatan Laser.

Dalam Hadis lain meriwayat Tirmidzi menerangkan : “Bahwa ketika Nabi SAW dalam perjalanan Isro Mi’raj, Baginda bertemu dengan Malaikat yang memerintahkan supaya umat Muhammad SAW menggunakan Bekam sebagai kaedah rawatan penyakit”. Pesan tersebut berulang-ulang sehingga Baginda Rasul takut hal tersebut menjadi Fardu atas umatnya.

 

Rasulullah memuji orang yang berbekam : “Dia membuang darah yang kotor, meringankan tubuh, serta menajamkan penglihatan”. Allah mengkhususkan dalam satu tahun sebulan di bulan Ramadlan untuk mencuci ‘Rohani’ dengan ber ’puasa’, jadi wajarlah kita mensucikan ‘Jasmani’ dengan ‘Berbekam’. Berbekam sebelum berpuasa akan lebih baik manfaatnya.

 
JENIS-JENIS BEKAM

Ada dua jenis Bekam yang digunakan :

 

1. Jenis Basah (Wet Cupping) atau Bekam Darah,

Permukaan kulit dilukakan menggunakan LANCET (jarum tajam) kemudian sekitarnya disedut menggunakan cupping yang sesuai dengan kawasan yang di bekam selama 2-3 minit setiap sedutan. Untuk mengeluarkan toksid-toksid dalam kulit tersebut, dapat dilakukan sampai 5-8 kali tergantung keadaan pesakit.

Darah yang bertoksid akan nampak hitam pekat, berkaca, berbuih dan menggumpal.

Luka atau bekas sedutan akan hilang dalam 2-3 hari.

 

2. Jenis Kering (Dry Cupping) atau Bekam Angin.

Kesannya sama iaitu untuk melegakan kesakitan segera tanpa melukakan kulit. Amat baik untuk pesakit yang tidak tahan terkena jarum dan ngeri melihat darah. Cuma kulit akan kelihatan lebam selama 1-2 minggu. Sedutan dilakukan hanya sekali selama 15-20 minit.

 
Alatan Berbekam

Pada zaman Rasulullah SAW, baginda menggunakan kaca yang berupa cawan atau mangkuk tinggi, pada masa China kuno mereka membahasakan perawatan bekam sebagai ‘Perawatan Tanduk’ karena tanduk menggantikan kaca.

 

Pada kurun waktu abad ke-18 orang  Eropah menggunakan lintah sebagai alat untuk berbekam, selanjutnya zaman terus berganti saat sekarang peralatan yang digunakan merupakan alat yang bersih dan tidak terlalu menyakiti pesakit, diantaranya :

  1. Lancet / Jarum-jarum kecil                       
  2. Cupping Set dan Pump hand                   
  3. Steril cotton / Kapas                                   
  4. Tisu kertas yang bersih
  5. Antiseptic (Alkohol dan But-But)
  6. Sarung tangan (Rubber Gloves)
  7. Peralatan lain yg diperlukan
 


Product Slide Show

Shopping Online

Enjoy our online shop 24/7
Banner
Click the banner for shopping online

Yoyoy Spa Blog

Visit our blog for more information on Yoyoy's Activities.
Banner
Click the banner for link to blog